Cara pasang alert harga emas
Tetapkan harga sasaran sekali sahaja, dan kami akan tolak notifikasi ke telefon anda apabila harga emas (999) jatuh ke paras itu — tanpa perlu semak harga setiap hari.
Benarkan notifikasi
Tekan “Pasang alert” kali pertama, dan pelayar akan minta kebenaran untuk menghantar notifikasi. Tekan “Benarkan”. Ini sekali sahaja.
Masukkan harga sasaran
Taip harga emas segram yang anda mahu (contoh: RM 550/g), kemudian tekan “Pasang alert”. Alert anda kini aktif — anda boleh ubah atau buang bila-bila masa.
Dapat push bila harga jatuh
Setiap hari bekerja selepas fixing BNM (~11 pagi), kami semak harga. Sebaik sahaja ia jatuh ke sasaran anda, anda terima satu notifikasi terus di skrin telefon.
Perkara penting
- iPhone / iPad: notifikasi web hanya berfungsi jika anda “Add to Home Screen” (pasang sebagai app) dahulu. Buka menu Kongsi di Safari → “Add to Home Screen”, kemudian pasang alert dari app itu.
- Alert berbunyi SEKALI apabila harga jatuh ke sasaran — bukan setiap hari. Ia akan aktif semula secara automatik jika harga naik semula melepasi sasaran anda.
- Untuk menukar harga sasaran, masukkan nilai baharu dan tekan “Kemas kini”. Untuk berhenti, tekan “Buang”.
- Harga yang digunakan ialah harga jual Kijang Emas 999 rasmi Bank Negara (segram), bukan harga kedai emas 916.
Cuba sekarang
Pasang alert anda terus di sini: